Tuesday, September 20, 2005

Kemelut Blogging

Dalam minggu ini saya terbaca banyak mengenai blogging berkaitan dengan saman-menyaman dan maki-memaki. Dalam edisi Malay Mail baru-baru ini telah memaparkan dua bloggers yang akan menyaman seorang pembaca blog yang telah memberi komen berunsur perkauman. Dalam lapuran itu ada disenaraikan blog2 yang popular di Malaysia. Salah satu ialah ada lah blog yang saya baca hampir setiap hari kerana kandungan nya menarik pada saya. Hasil dari lapuran Malay Mail itu kandungan blog itu telah di 'delete' oleh sebab2 tertentu. Ada blog lain yang saya baca pun telah di deletekan kerana ada sorang pembaca telah ugut untuk expose isi kandungan lucah blog itu dan akan menyimbah asid pada tuan punya blog. Blog yang satu lagi yang saya kerap baca sedang 'subtly' kutuk-mengutuk dan maki-memaki antara satu sama lain.
Tak tahu lah apa saya nak kata. Blogging ini ada lah satu avenue untuk mencurah isi hati dan macam-macam lagi. Tapi ia boleh di gunakan untuk lain-lain maksud pula. Bahaya juga berblogging ni

0 Comments:

Post a Comment

<< Home