Thursday, September 22, 2005

My Life in the Hostel - Year 1

Aku ni tak ler pandai sangat masa sekolah rendah dulu. Jadi, tak lah dapat masuk sekolah asrama penuh. 'A' aku tak cukup masa periksa darjah 5. Apapun nasib aku baik dapat duduk asrama tapi pegi sekolah biasa di ibukota bawah program anjuran kerajaan negeri aku. Tersangat happy aku masa dapat tawaran sebab dapat duduk asrama same kawan terutama sekali dengan best friend aku. Memang dari darjah satu lagi makbapak aku nak anak diaorang dok boarding school. Abang aku dapat masuk sekolah berprestij. Aku kira dapat masuk sekolah 'elite' tapi hostel tak lah elite.
So pada satu hari Ahad tahun 1970 lebih aku pun pegi register kat asrama. Asrama tu baru ada 2 batch pelajar. Aku batch kedua. Baru gak asrama tu. Punya happy aku masa tu, tersengih-sengih. Aku memang kureng happy dok kat rumah. Itu cerita lain. Aku tengok budak-budak lain macam tak happy aje. Heran gak aku kenapa. Ye lah kut, suasana rumah berbeza dari aku. So bilik aku tu ada dalam 12 orang, 6 katil double decker dan share dengan senior. Aku tak ingat ler aku sebilik dengan siapa sebab tak lama kami sebilik. Dalam seminggu kena rombak balik. Pasai apa cek tak tau. So esok Isnin ye aku bersiap sedia untuk pegi sekolah aku. Sebelum gi sekolah kami makan lunch dulu. Masa tu aku pun sangkut sapu tangan kat colar tak nak bagi terpecik kuah kat baju sekolah putih yg baru. Matron kat situ pun puji aku depan orang ramai, malu aku sebab lepas tu aku kena ejek pasai tu.
So kami ni naik bas pegi sekolah. Sampai jer kat sekolah aku terkejut dan jadi takut. Sekolah tu punya lar besar dan bangunan jenis colonial warna merah. Sekolah ni selalu digunakan dalam advertisment dan muzik video pun ada gak. Aku pun diam jer ari tu. PAstu kami terus ke dewan sebab ada assembly. Masa assemblytergamam lagi aku masa dia orang nanyi lagu sekolah. Semua orang tahu lagu tu melainkan kami. Pastu kami pun pegi ke bilik darjah masing2. Terkejut lagi aku sebab budak-budak dalam kelas tu semua muka-muka pandai dan kaya. Masa sekolah rendah dulu muka toye-toye jer termasuk aku. Maklum le bandar tak besar. Masa tu beg sekolah paling popular adalah beg kotak bercorak kotak2 merah. Itu macam status symbol ler buat time tu. Aku punya teringin nak bag macam tu. Ramai budak2 plak pakai spek. Aku pun teringin jugak nak pakai spek.
So aku pegi sekolah balik sekolah. Malam ada tuisyen. Hari Ahad ada kuliah subuh, semua kena pegi. Lepas kuliah ada senaman dan gotong royong. Gotong-royong nye kena cabut duri semalu, boleh tak. Ok takat ni, aku sambung bila senang